Saturday 4 March 2017

187C : Apabila Gagal Ramai Buat Tak Kenal | Apabila Kalah Ramai Buat Tak Kisah



3 Tahun

Apabila
kita gagal
ramai buat tidak kenal
dan apabila
kita kalah
ramai buat
tidak kisah.

5 Bulan

Apabila 
menang
ramai tumpang senang
tetapi apabila kalah
ramai tumpang
menyumpah.

Birthday Aqeef 1 Tahun
3 Tahun

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 187
BERIKAT RASA BERINGAT KATA
(Short saying drawn from long experience)

21
Buat kerja berhati-hati
hasilnya berkualiti dan buat kerja berulang-ulang hasilnya cemerlang.
31.12.2007
RM28j Sukan

22
Yang buat kerja sambil-
sambil tidak berhasil dan yang buat kerja
alang-alang tidak cemerlang.
31.12.2007
Universiti Asean

23
Orang yang bersabar itu
 akhirnya menang tetapi orang yang mencabar itu akhirnya kecundang.
31.12.2007
Ali ‘Imran, Ayat 7

24
Orang yang diam itu
dapat mendengar manakala orang yang faham itu dapat berikhtiar.
31.12.2007
“Menimbulkan Fitnah”

25
Orang yang selalu
peka menghitung laba tetapi orang yang terlalu leka menjunjung bala.
1.1.2008
Bantuan RM30 Juta

26
Apabila berlaku masing-
masing tidak mengaku dan apabila terjadi masing-masing tidak peduli.
1.1.2008
“Promosi Produk PKS”

27
Kalau berlaku kemalangan
ramai lepas tangan dan kalau berlaku malape-taka ramai lepas kata.
1.1.2008
Detik 12 Malam

28
Apabila salah
saling bantah-membantah dan apabila kalah saling salah-menyalah.
1.1.2008
“Menjelang 2008”

29
Apabila kita gagal
ramai buat tidak kenal dan apabila kita kalah ramai buat tidak kisah.
1.1.2008
KT Bandar Raya

30
Apabila menang
ramai tumpang senang tetapi apabila kalah ramai tumpang menyumpah.
1.1.2007
“Warisan Pesisir Air”
 
 
Teratak
4479 Seri teratai

Dari kaca mata
Ayra Amerra


ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu


No comments:

Post a Comment