|
5 Bulan |
|
1 Tahun |
MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all
men’s wisdom)
ILHAM MINDA 187
BERIKAT RASA BERINGAT
KATA
(Short saying drawn from
long experience)
31
Malu itu dapat
menundukkan hawa nafsu dan
sabar itu dapat menundukkan yang mungkar.
1.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 8
32
Sesungguhnya
sabar itu dapat membawa
iktibar tetapi marah itu cepat membawa musibah.
1.1.2008
“Kurnia Rahmat”
33
Apabila yang lemah
mengampu yang mewah maka
yang mewah pula menipu yang lemah.
2.1.2008
Alam Semulajadi
34
Kalau dipujuk-pujuk
anak akan tunduk tetapi
kalau ditengking-tengking anak akan berpaling.
2.1.2008
“Memayung Warisan”
35
Kadang-kadang
apabila terpaksa barulah bersetuju
dan apabila tersiksa barulah mengaku.
2.1.2008
Kurang Tidur
36
Jika semasa mudanya
hanya menjelajah maka
semasa tuanya terpaksa pula menadah.
2.1.2008
“Punca Diabetes”
37
Kadang-kadang malu
itu dapat membela maruah
tetapi nafsu itu cepat membawa serakah.
2.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 10
38
Kalau pandai makan
biar pandai menyimpan dan
kalau pandai berhias biar pandai mengemas.
2.1.2008
“‘Bahan Api Neraka”
39
Kayu itu adalah
bingkai kepada pintu
manakala malu itu adalah perisai kepada nafsu.
3.1.2008
Peruntukan RM500j
40
Sesungguhnya yang
bertanya itu orang
bijaksana tetapi yang diam itu orang yang lembam.
3.1.2008
“Baiki Infrastruktur”
15-16 Ogos 2014
Pulau Redang
|
No comments:
Post a Comment