Wednesday, 11 May 2016

180A: Mulut Buat Angkara Badan Yang cedera | Mulut Buat Fitnah Badan Yang Musnah




Saling bergantung 
mendapat untung tetapi 
saling berdengki 
mendapat rugi


Baby Ayra Ameera

.

 Engkau lahir
dengan takdir
dan engkau hadir
dengan zikir


1    
Saling bergantung mendapat untung tetapi
 saling berdrngki mendapat rugi.


2
Tangan yang memukul kena memikul dan
tangan yang menampar kena mengandar.

3
Mulut buat angkara badan yang cedera
dan mulut buat fitnah badan yang musnah.

 

4
Sekali melihat hati teringat-ingat dan sekali
memandang mata terbayang-bayang.

5
Yang selalu buat salah tak boleh diarah dan
yang selalu buat silap tak boleh diharap.

 

6
Orang dapat rezeki tetapi kita dapat rugi dan
orang dapat peluang tetapi kita dapat malang.

7.
Jangan dengki jika yang lain dapat rezeki dan
jangan berang jika yang lain dapat peluang.

 

8
Yang dengki sentiasa dapat rugi dan yang
 khianat sentiasa dapat mudarat.

9
Jika tak boleh mengampu usah mengumpat
dan jika tak boleh menipu usah berkhianat.

 

10
Jika tak dapat mengampu mereka merayu dan
 jika tak dapat merayu mereka menipu.




 It is really a wonder
and a moment to remember.
The cry that breaks the silence
and the tears
that honour your presence.




Yang hidup
dalam air
akan lemas
di darat







Dari kaca
mata Ayla Arissa  

 

 ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)

No comments:

Post a comment