Sunday, 8 May 2016

179F : Yang Memberi Sedekah Kerana Ibadah | Yang Memberi Rasuah Kerana Faedah




Yang menang 
mendapat laba. 
Yang kecundang 
mendapat bala.




Baby Arissa


Bagaikan kata
sukar diungkap
dan bagaikan rahsia
sukar disingkap


1.  
Yang memberi sedekah kerana ibadah tetapi
yang memberi rasuah kerana faedah.


2
Yang berjabat tangan sentiasa aman dan yang
berganding bahu sentiasa maju.

 

3
Jangan bersembunyi jika dapat rezeki dan
jangan berahsia jika dapat laba.


4
Kerana  dosa hidup mereka menderita dan
kerana  bala hidup mereka tersiksa.


5
Orang yang menang mendapat laba tetapi
orang yang kecundang mendapat bala.


6
Untung yang kita dapat menjadi laba tetapi
buntung yang kita dapat menjadi bala.


7.
Jika dapat rugi mereka saling berkelahi dan
jika dapat buntung mereka saling bertarung.


8
Yang bertarung tak mendapat untung dan
yang berbalah tak mendapat faedah.


9
Orang yang tenang tidak akan kecundang
dan orang yang tabah tidak akan kalah.

 

10
Kalau pergi beriring pulangnya bersaing dan
kalau pergi bersaing pulangnya berganding.

 







  The secret
is really sacred
and I really ponder 
the wonder. 



Terlerai
di sungai
tetapi bertaut
di laut 




Dari kaca mata Ayla


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)










No comments:

Post a Comment