Tuesday, 16 September 2014

Mula-Mula Bersua Di Lubuk Cinta | Lama-Lama Bertamu Di Tepian Rindu

(Janji Menipu.
Puji Mengampu)





23/3/2014
Tokyo Mosque
Also  known as the Camii Mosque
the largest mosque and 
the oldest mosque in Japan. 
(titisan rindu)


ILHAM MINDA 141
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
SANDARAN RASA SASARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Mula-mula bersua di lubuk cinta dan lama-
lama bertamu di tepian rindu
.


2
Jika tiada haluan maka tiada tujuan dan jika
tiada minat maka tiada matlamat.

3
Apabila yang siang memburu malam maka 
yang terang memburu kelam.
 
4
Yang memuji terpaksa menadah dan yang
berjanji terpaksa bersumpah.

5
Yang banyak akal banyak muslihat dan yang
banyak modal banyak matlamat.


6
Apabila yang diucapkan itu tidak berisi maka
yang diharapkan itu tidak menjadi.
   
7
Apabila disoal banyak alasannya dan apabi-
la disangkal banyak kiasannya.


8
Yang pandai memuji pandai mengampu dan
yang pandai berjanji pandai menipu.

9
Yang memberi nasihat itu membantu tetapi
yang memberi muslihat itu menipu.

10
Yang banyak dalih takkan dipilih dan yang
banyak kritik takkan dilantik.




23/3/2014
Tokyo Mosque
An adjoining Turkish culture center 
located in Oyama-cho  district of Shibuya ward in Tokyo
Built on may 12, 1938 and was fully restored in 2000.

 (bingkisan mimpi)



 


A new building was begun in 1998
Around 70 Turkish craftsmen performed the finishing details, 
and a considerable quantity of marble was imported from Turkey. 
The construction was completed in 2000 
at a cost of around 1.5 billion yen. 


Aram 141(a)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment