Thursday 14 August 2014

Jika Hendak Ditawan jadikan Kawan | Jika Hendak Dipikat Jadikan Sahabat

(Kawan Berpesan.
Sahabat Beringat)



firasat rindu

 
ILHAM MINDA 133
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
PINGITAN RASA PIKATAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Kesenangan itu hasil pilihan bijak dan ke-
menangan itu hasil latihan lasak.

12
Susah kerana silap pergantungan dan ka-
lah kerana silap perhitungan.

13
Dapat baki jika membuat strategi tetapi
dapat rugi jika tersilap kaji.


14
Jangan tidur lama nanti terlena dan ja-
ngan makan banyak nanti tersedak.

 15 
Yang diungkit saling berkait dan yang
diungkai saling berangkai.


16
Tak berharga dibiar tergendala dan tak
 bernilai dibiar terbengkalai.
   
17
Ditempelak takkan berganjak dan di-
marah takkan berubah.

18
Takkan akur walaupun ditegur dan tak-
kan takut walaupun diugut.

19
Jika nak ditawan jadikan kawan dan ji-
ka nak dipikat jadikan sahabat.


20
Berkawan saling berpesan dan bersa-
habat saling beringat
.


 29/3/13 Pearl River Cruise
 Guangzhoa
 ibarat mimpi

 
Aram 133(b)
Teratak Seriteratai 
 




No comments:

Post a Comment