Monday, 16 June 2014

Tanpa Sembahyang Hidup Tak Tenang | Tanpa Ibadat Hidup Tak Berkat

(Ruang Bertapak.
 Peluang Bertindak) 

 

Hanyut dalam mimpimu 

 

ILHAM MINDA 120
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
KILASAN RASA KIASAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom) 

 
51
Kerenah takkan timbul jika mahu dan
masalah takkan timbul jika tahu. 

 
52
Baik melata daripada meminta dan baik
melarat daripada tersesat.

53
Tanpa sembahyang hidup tak tenang dan
tanpa ibadat hidup tak berkat

 
54
Hampir menang baik menggempur tetapi
hampir kecundang baik berundur.

55
Yang terlalu resah mudah kalah dan yang
terlalu cemas mudah tewas.


56
Yang terlalu yakin kalah bermain dan yang
 terlalu percaya kalah berlumba. 
   
57
Dapat ruang baik cepat bertapak manakala
dapat peluang baik cepat bertindak.


58
Yang mara menentukan juara dan yang
bertahan menentukan johan.
   
59
Kebenaran itu satu pengajaran tetapi
Kesalahan itu satu permasalahan.


60
Orang tak membantu jika menipu dan 
 orang tak menolong jika berbohong 



 25/5/13 Li River Guangxi

 
Aram 120(f)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment