Monday 16 June 2014

Tak Bayar Hutang Hilang Peluang | Tak Bayar Zakat Hilang Berkat

(Tegas Berbatas.
 Tekad Berhad) 



 Lena dalam rindu 



ILHAM MINDA 120
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
KILASAN RASA KIASAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Yang berjaya itu dalam pencarian tetapi
yang kecewa itu dalam pelarian


42
Jika bertegas biarlah berbatas dan jika
bertekad biarlah berhad
.

43
 Langkah menentukan kemenangan dan 
pangkah menentukan kesenangan.

44
Langkah menentukan satu arah dan
semangat menentukan satu matlamat.

45
Salah maklumat kerja tak selesai dan
salah matlamat usaha tak tercapai.


46
 Jika faham terangkan maklumat dan jika
berazam rancangkan matlamat.
   
47
Daripada bercakap baik berbincang dan
daripada berharap baik merancang.

48
Yang payah selesai mudah dicapai dan
yang payah dapat mudah dibuat.
   
49
Dalam debat masalah ditimbulkan dan
dalam muafakat salah dibetulkan.


50
Tak bayar hutang hilang peluang dan
tak bayar zakat hilang berkat.

 
25/5/2013 Li River Guangxi

 
Aram 120(e)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment