Wednesday 21 May 2014

Yang Bermain Api Terbakar Jari | Yang Bermain Budi Tercemar Diri

(Suci Wangi.
Buruk Busuk)





ILHAM MINDA 111
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
JARINGAN RASA JALINAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Yang mahu menunjuk-nunjuk tetapi yang
malu menunduk-nunduk.

22
Yang bermain api terbakar jari dan yang
bermain budi tercemar diri
.

23
Yang patuh bersungguh-sungguh tetapi
  yang angkuh bertangguh-tangguh


24
Masalah itu menjadi cabaran manakala
musibah itu menjadi pengajaran.

25
Yang mengunjuk jangan menunjuk dan
yang meminta jangan memaksa.

26
Terpaksa memberi itu tak ikhlas dan ter-
 paksa bersimpati itu tak tak belas. 
   
27
Kepala mengangguk hati mengutuk dan
kepala berpaling hati mengiring.

28
Hati yang suci bermulut wangi tetapi hati
 yang buruk bermulut busuk
.

29
 Mulut yang tersenyum berbau harum tetapi 
 mulut yang mengutuk berbau busuk.


30
 Memberi nasihat hidupnya berkat tetapi
mencari masalah hidupnya susah.




Aram 111(c)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment