Wednesday, 21 May 2014

Berjanji Dengan Hati Menjadi | Berjanji Dengan Lidah Bermasalah

(Bijak Berikhtiar.
Benak Berlapar)




ILHAM MINDA 111
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
JARINGAN RASA JALINAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
31
Amalan membawa ke akhirat tetapi be-
kalan membawa ke matlamat.


32
Yang bijak sentiasa berikhtiar tetapi
yang benak sentiasa berlapar.

33
Berjanji dengan hati menjadi tetapi ber-
janji dengan lidah bermasalah
.


34
Terpaksa berikhtiar kerana lapar dan ter-
paksa berusaha kerana dahaga.

35
Yang di hadapan membina harapan tetapi
 yang di belakang mencipta malang.


36
Takkan takut jika sentiasa benar dan tak-
kan resah jika sentiasa tabah. 
   
37
Yang berbual banyak akal dan yang ber-
sembang banyak temberang.

38
Janji berulang menjadi azam tetapi ben-
ci berulang menjadi dendam.

39
Banyak ditanya ternganga-naganga ba-
nyak disoal terkial-kial.

40
Terlalu tamak menjadi benak dan terla-
lu bakhil menjadi jahil. 



 
Aram 111(d)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment