Sunday 18 May 2014

Kerana Harta Keluarga Porak-Peranda | Kerana Kuasa Negara Huru-Hara

(Miskin Terjamin.
 Kaya Berwaspada)





ILHAM MINDA 109
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
IDAMAN RASA INGATAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Jika untung ramai yang menolong tetapi
jika rugi ramai yang mencaci.


52
Yang lemah saling bergantung tetapi yg
gagah saling bertarung

53
Yang gagah ditumpang tuahnya tetapi
yang lemah dihalang tulahnya.


54
Degil dengan kepongohannya dan ja-
hil dengan kebodohannya.

55
Bersahabat saling bergantung tetapi
bersubahat saling berlindung.

56
Dek harta keluarga porak-peranda dan
dek kuasa negara huru-hara
   
57
Saling percaya keluarga bahagia dan
saling taat keluarga berkat.

58
Saling curiga hidup porak peranda dan
saling bertikai hidup cerai-berai.
 
59
 Yang mewah kian bimbang tetapi 
yang susah kian tenang.

60
Yang miskin hidup terjamin tetapi yg
 kaya hidup berwaspada
.




Aram 109(f)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment