Saturday 17 May 2014

Mudah Marah Kerana Cemburu | Mudah Kalah Kerana Nafsu

(Dakwaan Saksi.
 Dendaan Bukti) 


 


ILHAM MINDA 109
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
IDAMAN RASA INGATAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
41
Dakwaan itu berdiri di atas saksi dan
dendaan itu berdiri di atas bukti.


42
Jika mudah marah kerana cemburu ma-
ka mudah kalah kerana nafsu.

43
Yang dapat menahan marah itu yang
dapat mempertahankan maruah.


44
Pandang dengan tenang, dengar de-
ngan sabar dan buat dengan niat.

45
 Jika pandangan dapat diterima maka 
rancangan dapat dilaksana.


46
Dengar dahulu sebelum bertengkar dan
fikir dahulu sebelum menyindir.  
   
47
Kelemahan bukan kekalahan dan keka-
lahan bukan kesalahan.


48
Ada gunung orang akan daki dan ada
untung orang akan cari.

49
Makin mahu makin geram dan makin
malu makin diam.


50
Marah berulang menjadi gemar dan
 salah berulang menjadi benar.





Aram 109(e) 
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment