Thursday, 10 April 2014

Yang Main Tangkal Akhirnya Gagal | Yang Main Helah Akhirnya Kalah

(Tabah Bersyukur.
Bermegah Takbur)





ILHAM MINDA 100
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GORESAN  RASA GARISAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Yang main tangkal akhirnya gagal dan
yang main helah akhirnya kalah.


32
 Kian tabah kian bersyukur tetapi kian 
bermegah kian takbur
.

33
Yang bersalah pandai berhelah dan
yang menipu pandai mengampu.


34
Yang kaya membawa kantung tetapi
yang papa membawa tempurung.

35
Hilang ikhtiar jangan hilang sabar dan
hilang arah jangan hilang tabah.


36
Ramai yang bilang jadi terbilang dan
ramai yang kenal jadi terkenal.
   
37
Jika yang diam itu cakna maka yang
faham itu bijaksana.


38
Yang marah saling menyalah dan yang
geram saling mengecam.

39
Membantah biar kerana salah dan men-
cabar biar kerana benar.


40
Baik beringat kalau marah dan baik
berawas kalau cemas.



 
Aram 100(d)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment