Wednesday, 9 April 2014

Dalam Kecekalan Tersurat Anugerah | Dalam Kegagalan Tersirat Hidayah

(Halal Disangkal.
Haram Dibaham)








ILHAM MINDA 100
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
 GORESAN  RASA GARISAN KATA 
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Tak dapat disingkir baik dipinggir dan tak
dapat dihalau baik dipulau.


22
Dalam kecekalan tersurat anugerah dan
dalam kegagalan tersirat hidayah.

23
Ternampak usah cepat bertindak dan ter-
pandang usah cepat menentang.


24
Biar rendah jangan rendah maruah dan
biar tinggi jangan tinggi diri.

25
Biar buruk jangan jadi busuk dan biar
 hodoh jangan jadi bodoh.


26
Biar pelik jangan menjadi jelik dan biar
ganjil jangan menjadi jahil.
   
27
Biar sibuk jangan menyebuk dan biar
gaduh jangan bergaduh.


28
Dituju biar sama-sama setuju dan di-
arah biar sama-sama searah.

29
Yang halal jangan disangkal dan yang
haram jangan dibaham
.


30
Yg banyak akal kerja tertinggal dan yg
  banyak helah kerja bermasalah. 



 
Aram 100(c)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment