Sunday, 6 April 2014

Terpaksa Dijolok Baru Jatuh | Sentiasa Digosok Baru Patuh

(Susah Mulia.
Mewah Hina)




 
ILHAM MINDA 99
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GETARAN  RASA GEGARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Mengada-ngada orang menyampah dan
berpura-pura orang menyumpah.


12
Lain yang berbuat salah tetapi lain pula
yang mendapat masalah.

13
Jika banyak berjanji tak menjadi dan jika
banyak berhajat tak mendapat.


14
Mudah berkaul susah dimakbul dan mu-
dah bernazar susah diikhtiar.

15
Negara makmur rakyat mewah tetapi
negara mundur rakyat susah.


16
Baik susah dalam kemuliaan daripada
mewah dalam kehinaan.
   
17
Berpada-pada bijak bertindak dan yang
berpura-pura bijak berlagak.


18
Penipu hidup dalam kebuntuan dan pe-
ngampu hidup dalam kepalsuan.

19
Cepat bertindak dalam kesempatan dan
cepat mengelak dalam kesempitan.

20
Terpaksa dijolok baru jatuh dan sentia- 
sa digosok baru patuh.




 
Aram 99(b)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment