Tuesday, 8 April 2014

Terlalu Rindu Menjadi Berahi | Terlalu Cemburu Menjadi Benci

(Berkolek Larat.
Membodek Dapat)

 
 

ILHAM MINDA 99
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GETARAN  RASA GEGARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Jika di sawah jangan takutkan lintah dan
jika di darat jangan takutkan pacat.


42
Takutkan silap jangan banyak cakap dan
takutkan salah jangan banyak olah.

43
Berjaga-jaga dengar bunyi angin dan ber-
pada-pada dengar janji pemimpin.


44
Terlalu rindu menjadi berahi dan terlalu
cemburu menjadi benci
.

45
 Jika yang pandai cuba menipu maka 
yang menilai jangan rasa keliru.


46
Makin mewah makin megah tetapi ma-
kin susah makin tabah.
   
47
Bermegah orang tak endah dan me-
nyombong orang tak sokong.


48
Tak tabah jangan mencari susah dan 
 tak tahan jangan mencari beban.

49
Salah faham usah berdendam dan sa-
lah sangka usah bersengketa.

50
Jika tak larat jangan berkolek dan ji-
ka tak dapat jangan membodek
.



 
Aram 99(e)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment