Tuesday, 8 April 2014

Ada Pelampung Masih Terapung-Apung | Ada Sauh Masih Berkayuh-Kayuh

(Lihat Bermuslihat.
Salah Bermasalah)






ILHAM MINDA 99
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GETARAN  RASA GEGARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
 Ada pelapung masih terapung-apung dan 
 ada sauh masih berkayuh-kayuh.


52
Usah mengampu untuk dapat kelulusan dan
usah menipu untuk buat keputusan.

53
Jika siap jangan mencari yang silap dan jika
sudah jangan mencari yang salah.


54
Hilang kesabaran hilang kebenaran tetapi
datang kebenaran datang kesedaran

55
Hanya alasan bukan keputusan dan hanya
 perjanjian bukan kepastian.

56
Tak rasa selesa hilang selera dan tak ra-
sa selamat hilang semangat.
   
57
Tak melihat jangan buat muslihat dan tak
bersalah jangan  buat masalah.


58
Yang silap jangan buat senyap dan yang
salah jangan buat masalah.

59
Yang betul akhirnya timbul tetapi yang
silap akhirnya lenyap.


60
Selalu berjanji buat tak peduli dan sela-
lu bersumpah buat tak endah.



 
Aram 99(f)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment