Tuesday, 15 April 2014

Di Sebalik Kebenaran Ada Kepahitan | Di sebalik Kesabaran Ada Kesulitan

(Sabar Iktibar.
Marah Musibah)





 
ILHAM MINDA 102
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
HAMBATAN RASA HIMPITAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom) 

11
Semakin melalut semakin hanyut dan se-
makin melarat semakin sesat.

12
Sabar sentiasa membawa iktibar tetapi
marah hanya membawa musibah.

13
Yang matang sentiasa dapat ikhtiar tetapi
yang malang nanyadapat iktibar.

14
Yang lemah berpaut pada ketaatan dn yg
gagah berpaut pada kekuatan.

15
Di sebalik kebenaran ada kepahitan dan
di sebalik kesabaran ada kesulitan.


16
Yang dibincang tak dirancang dan yang
dirumus tak dilulus.
   
17
Buat dengan cakna jadi sempurna dan
buat dengan teliti jadi berkualiti.


18
Banyak jalan tak kesampaian dan ba-
nyak impian tak kecapaian.

19
Banyak pandangan tak terpandang dan
Banyak rancangan tak terancang.


20
Banyak pendapat buat tak dapat dan
banyak masalah buat tak sudah.



 
Aram 102(b)
Teratak Seriteratai





No comments:

Post a comment