Tuesday, 15 April 2014

Setitik Keringat Membawa Manfaat | Setitik Darah Membawa Musibah

(Berpaling Arah.
Berpaling Tadah) 




ILHAM MINDA 102
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
HAMBATAN RASA HIMPITAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
 Kata-kata puji membawa harmoni tetapi 
kata-kata cela membawa sengketa.


2
Makin digertak makin melalak dan ma-
kin digempur makin berundur.

3
Setitik keringat membawa manfaat teta-
pi setitik darah membawa musibah.


4
Yang tidak percaya berpaling arah dan
 yang tidak setia berpaling tadah

5
Banyak mendengar kurang melihat dan
banyak bertengkar kurang berbuat.
6
Yang taat mengikut jika diajar tetapi yang
jahat mengugut jika dicabar.
   
7
Yang patuh bersabar jika dimarah tetapi
yang angkuh mencabar jika ditegah.


8
Yang degil baik dipujuk-pujuk dan yang
jahil baik ditunjuk-tunjuk.


9
Yang kalah jangan buat hairan dan yang
 salah jangan buat kesihan.

10
 Tiada semangat tiada keyakinan dan tia- 
da matlamat tiada jaminan.




 
Aram 102(a)
Teratak Seriteratai




No comments:

Post a comment