Monday, 10 March 2014

Mengerti Tetapi Tak Menghayati | Faham Tetapi Tak Berazam

(Mandat Disampai.
Matlamat Dicapai) 

 



ILHAM MINDA 96
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Tidak berwang masanya kurang tetapi yang
banyak wang masanya terbuang.


22
Masa terancang kalau berbincang tetapi ma-
sa terbuang kalau bersembang.

23
Menyokong tetapi tidak menolong dan ber-
simpati tetapi tidak memberi.


24
Dapat lebih sama-sama diagih dan dapat
untung sama-sama menabung.

25
 Jika dapat kurang jangan berhutang dan 
Jika dapat rugi jangan berhenti


26
Sebelah tangan yang memegang pena
itu dapat menggoncang dunia.
   
27
Sebelah tangan yang memegang rotan
dapat merancang masa depan.


28
 Hanya fikiran dapat melangkaui apa yg 
tangan tak dapat menjangkaui.

29
Bukan mandat yg hendak disampai te-
tapi matlamat yg hendak dicapai.


30
 Hanya mengerti tp tak menghayati dan 
hanya faham tp tak berazam.


 
 Aram 97(c) 
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment