Sunday, 16 March 2014

Kebolehan Guru Adalah Amanah | Kelebihan Guru Adalah Anugerah

(Diam Sabar.
Faham Ikhtiar)




ILHAM MINDA 96
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Diam faham dan faham berazam tetapi bi-
sing runsing dan runsing terasing.


32 
Berubah cakap tak berubah sikap dan ber-
ubah niat tak berubah tabiat.

23
Berubah sikap bertambah cekap dan ber-
ubah tabiat bertambah semangat.


34
Kebolehan guru adalah amanah dan ke-
lebihan guru adalah anugerah
.

35
Yang diam lebih banyak sabar dan yang
faham lebih banyak ikhtiar
.

36
Jika faham lebih baik ingat dan jika ber-
azam lebih baik buat.
   
37
Yg membuai banyak membelai dan yg
mengusap banyak mendakap.


38
Yang tenang diajak berbincang dan yg
senang diajak bersembang.

39
Membimbing saling berdamping tetapi
menuding saling menengking.

40
Jari menjentik mulut mengherdik dan
jari mencubit mulut menggigit.

 
 
 
Aram 97(d)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment