Friday, 14 February 2014

Yang Dijanji Membawa Ke Alam Mimpi | Yang Dicipta Membawa Ke Alam Nyata

(Idea Cita-Cita.
 Cita-Cita Usaha)

 



ILHAM MINDA 93
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ENAKAN RASA ELOKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom) 

 
11
Usah bertanding dengan niat tersirat dan
usah berunding dengan tipu muslihat.


12
Tak sabar kata-kata menjadi celopar dan tak
tabah kata-kata menjadi sumpah.

13
Bersungguh segalanya selesai tetapi ber-
tangguh segalanya terbengkalai.


14
Daripada rasa datangnya kata-kata dan
daripada idea datangnya cita-cita.

15
Daripada idea datang cita-cita dan dari-
pada cita-cita datang usaha.


16
Jika berusaha tanpa matlamat maka ber-
mula tanpa semangat.
   
17
Tak Percaya cita-cita itu cuba-cuba dan 
tak yakin cita-cita itu main-main
.


18
Yg dijanji membawa ke alam mimpi tp yg
dicipta membawa ke alam nyata
.

19
Bersabar jika di pihak yang benar tetapi
mengalah jika di pihak yang salah.


20
Kaki beranjak usah berulang-alik dan ha-
ti berkehendak usah berdolak-dalik.



 
Aram 93(b)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment