Friday 14 February 2014

Bergurau Senda Isteri Ketawa | Terlampau Bengis Isteri Menangis

(Saksi Sangsi.
 Lihat Muslihat)





ILHAM MINDA 93
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ENAKAN RASA ELUKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Cakap orang muda penuh semangat dan
cakap orang tua penuh nasihat.


2
Cakap orang tua bermakna manakala ca-
kap orang muda berahsia.

3
Bergurau senda isteri ketawa tetapi ter-
lampau bengis isteri menangis
.


4
Banyak berjanji pengikut sangsi dan ba-
nyak bersumpah pengikut resah.

5
Saling mengata berpaling muka dan sa-
ling menyalah berpaling tadah.


6
Yang berbuat baik cepat naik tetapi yang
berbuat kecuh cepat jatuh.
   
7
Cuba berhelah sebelum kalah dan cuba
 mencanang sebelum menang


8
 Jika berbincang tak ikut maklumat maka 
merancang tak ikut matlamat.

9
Jika yang dilihat bukan muslihat maka
yang disaksi jangan sangsi.


10
Jika yang dihulur itu jujur maka yang
dibalas itu ikhlas.


 
Aram 93(a)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment