Tuesday, 18 February 2014

Takut Gagal Kita Takkan Mencuba | Takut Kesal Kita Takkan Bermula

(Motivasi Semangat.
 Prestasi Matlamat)





ILHAM MINDA 94
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EJEKAN RASA ENJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
31
Yang meminjam buat-buat diam dan yg
berhutang buat-buat hilang.


32
Awal-awal menyendiri di pangkal tetapi
akhir-akhir menjadi terpinggir.

33
Bermula melangkah bersama dan ber-
lansung sampai penghujung.


34
Buat jangan separuh jalan dan dapat
jangan separuh makan.

35
Takut gagal kita takkan mencuba dan
takut kesal kita takkan bermula.


36
Jika tak cukup jangan runsing dan ji-
ka tak sanggup jangan bising.
   
37
Motivasi memberikan semangat dan
prestasi menentukan matlamat.


38
Makin disokong makin ingin dan ma-
kin didorong makin yakin.

39
Keinginan membina impian manakala
keyakinan mencipta harapan.


40
Tiada harapan tanpa masa depan dan
tiada azam tanpa masa silam.


 
Aram 94(d)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment