Monday, 17 February 2014

Ada Nama Tetapi Tak Berjenama | Ada Jenama Tetapi Tak Teristimewa

(Wang Berpeluang.
 Peluang Berwang) 

 

 
 
ILHAM MINDA 94
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EJEKAN RASA ENJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


21
Berkayuh ke hulu banyak memandu tp
berkayu ke hilir banyak berfikir.

22
Banyak wang tetapi tiada ruang dan ba-
nyak ruang tetapi tiada peluang. 

 
23
Yang ada wang tiada berpeluang dan
yang ada peluang tiada berwang.

24
Ada nama tetapi tak berjenama maka
ada jenama tetapi tak teristimewa.


25
Tak lulus hendaklah ditebus dan tak
cemerlang hendaklan diulang.

26
Yang tertanggal akan tertinggal dan yg
 terungkap akan tersingkap.

   
27
Fikiran terbuka sedia bersemuka teta-
pi fikiran sempit suka mengungkit.

28
 Jika yang dicakapkan tak mengerti maka 
 yang diharapkan tak menjadi.


29
Yang berlindung usah disinggung dan
yang berteduh usah dituduh.

30
Yang meminjam jangan dikecam dan
yg berhutang jangan dicanang. 

 


 
Aram 94(c)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a comment