Tuesday 11 February 2014

Kita Jadikan Wang Tanggungan | Wang Jadikan Kita Tunggangan

(Perut Bergelora
Mulut Berselera)



ILHAM MINDA 92
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ESAKAN RASA ERATAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Ketika pasang kjita terpancang tetapi ke-
tika surut kita berhanyut.


32
Jika perut semakin bergelora maka mu-
lut semakin berselera
.

33
 Mulut menelan perut menyimpan dan 
mata melihat jiwa berhajat.


34
Jika pendapat saling bercanggah maka
matlamat sering berubah.

35
Yg beruntung  pasang surut maka yg
 bergantung tumpang hanyut.

36
Memandang tiada pandangan dan me-
megang tiada pegangan.
   
37
Mencuba-cuba jika tak percaya dan 
 bermain-main jika tak yakin. 


38
Kita Jadikan wang tanggungan bukan 
 wang jadikan kita tunggangan
.

39
Kena melompat dek pangkat dan kena
memanjat kerana darjat.


40
Kejar pangkat lupa matlamat dan ke-
jar gelaran lupa sasaran.



 
Aram 92(c)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment