Tuesday, 11 February 2014

Mencintai Dunia Membenci Akhirat | Mencintai Harta Membenci Zakat

(Serakah Bala
Sedekah Pahala)





ILHAM MINDA 92
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ESAKAN RASA ERATAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Takut berjuang tiada peluang dan takut
berkorban tiada harapan.


22
Jika tinggi darjat orang hormat dan jika
 tinggi pangkat orang angkat. 

23
Mencintai dunia membenci akhirat dan
mencintai harta membenci zakat.


24
Yang mungkir hilang daya fikir dan yang
mungkar hilang daya ikhtiar.

25
Yang taat hidup bertambah berkat tp yg
ingkar hidup bertambah sukar.

26
Yang matang pantang ditentang tetapi
yang mentah mudah diratah.
   
27
Sedekah itu pahala ke syurga tetapi se-
rakah itu bala di dunia
.


28
Kerja mudah jika musasabah tetapi ker-
ja mustahil jika musykil.

29
Yang hilir mudik tanpa semangat dan yg
pergi balik tanpa matlamat.


30
Jika pasang mereka saling berpegang dn
jika surut merela saling berpaut.





Aram 92(c)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment