Saturday 15 February 2014

Jika Benci Makin Terpendam | Maka Memori Makin Terpadam

(Cegah Bercanggah.
 Tegah Bertelagah)




ILHAM MINDA 93
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ENAKAN RASA ELUKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)


31
Orang bersalah jangan berbunyi dan sen-
diri bersalah jangan bersembunyi.


32
Kalau tak rela jangan mengaku dan ka-
lau tak suka jangan bersetuju.

33
Mata melirik tandanya mahu dan kata
yang berbisik tandanya setuju.


34
Baik cegah sebelum jadi masalah dan
baik marah sebelun jadi musibah.

35
Baik cegah sebelum bercanggah dan
Baik tegah sebelum bertelagah.

36
Jika benci itu kian terpendam maka
memori itu kian terpadam
.
   
37
Yang pintar sabar bertindak tetapi yg
bodoh gopoh bertindak.


38
Jahil terkebil-kebil, dungu termangu-
mangu dan bebal terkial-kial.

39
Ingat jika lihat orang buat tetapi da-
pat jika buat apa yang dilihat.


40
Fikirkan takdir terpinggir tp bincang-
kan peluang terancang.




Aram 93(d)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment