Saturday, 15 February 2014

Dalam Masalah Ada Benarnya | Dalam Musibah Ada Iktibarnya

(Takdir Tersurat.
 Tafsir Tersirat)





ILHAM MINDA 93
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ENAKAN RASA ELUKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Jika sumbang salahkan gelanggang dn
jika tumbang salahkan padang.


22
Jika cerdik jangan mendabik dan jika
pintar jangan mencabar.

23
Cegah sebelum terlambat dan sang-
gah sebelum terhambat.


24
Yg baik jangan berbolak-balik dan yg
cerdik jangan berdolak-dalik.

25
Guru lebih banyak mengajar dan pem-
buru lebih banyak mengejar.


26
Tinggal harta anak-anak bersengketa
tp tinggal ilmu anak-anak bersatu.
   
27
Yang penat tinggalkan beban dan
yang tenat tinggalkan pesan.


28
Hulur tangan kurangkan beban dan
salur bantuan kurangkan korban.

29
Dalam masalah ada benarnya dan
dalam musibah ada iktibarnya.


30
Yang berlaku ada takdir tersurat dn
Yang berlalu ada tafsir tersirat.


 

 
Aram 93(c)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment