Sunday, 12 January 2014

Yang Memendam Tak Berbunyi | Yang Berazam Tak Berjanji

(Takbur Kalah.
Kufur Susah)




ILHAM MINDA 87
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DAMBAAN RASA DAKWAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
31
Tak endah kerja tak bersudah dan tak
peduli kerja tak menjadi.


 32 
Yang minat jika buat dapat tp yang ma-
las jika dapat terlepas

33
 Ambil nasihat dari baicaranya dan am-
bil ibarat dari ceritanya.


34
Ibarat itu jadikan nasihat dan teladan
itu jadikan pengajaran.

35
Jika dengki jangan berbalah dan jika
benci jangan menyumpah.


36
Yang terdedah lebih peramah tp yg
terpendam lebih pendiam.
   
37
Diam-diam menyelam dan senyap
senyap menyingkap

38
Yang memendam tak berbunyi dn
yang berazam tak berjanji
.

39
Yang takbur akhirnya kalah dan yg
kufur akhirnya susah
.


40
Buat-buat tuli orang tak peduli dan
buat-buat bisu orang tak tahu.




Aram 87(d)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment