Thursday, 23 January 2014

Jika Lama Diperam Menjadi Lebu | Jika Lama Dipendam Menjadi Rindu

(Diam Lembam.
Senyap Bengap)




ILHAM MINDA 90
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DETIKAN RASA DIDIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
 Dipukul memantul, dibalun melatun  
dan dipenggal menganjal.

22
 Jika tersalah langkah rebah dan jika 
 tersalah tingkah parah. 

23
Jika lama diperam menjadi lebu dan ji-
ka lama dipendam menjadi rindu
.


24
Gagah bertempik dan menyanggah tp
lemah berbisik dan mengalah.

25
Baik disentuh jangan dirempuh dan
baik tergesel jangan terkehel.

26
Selalu diam menjadi lembam dan se-
lalu senyap menjadi bengap
.

27
Melangkah tak salah memangkah dn
berjejak tak salah memihak.


28
Terleka semuanya terlupa dan terla-
 lai semuanya terbengkalai.

29
Jika terlalai takkan sampai dan jika
terabai takkan selesai.


30
Bersungguh hasilnya berganda tp
bertangguh hasilnya sesia.





Aram 90(c)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment