Saturday, 25 January 2014

Yang Bersahabat Saling Percaya | Yang Bersubahat Saling Berahsia

(Lenggang Terkejang.
Lenggok Terpelecok) 

 



ILHAM MINDA 90
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DETIKAN RASA DIDIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom) 

 
31
Usah diam baik dikhabarkan dan usah
pendam baik diikhtiarkan.

32
Yang menindas takkan terlepas dan yg
berkhianat takkan selamat. 

33
Yang disiksa akan membela dan yg di-
tindas akan membalas.

34
Jika salah lenggang terkejang dan jika
salah lenggok terpelecok
.

35
Berjumpa tetamu di jalan lapang tp ter-
jumpa seteru di jalan belakang.


36
Yang bersahabat saling beringat tp yg
bermusuh saling menuduh.

37
Yang bersahabat saling percaya tp yg
bersubahat saling berahsia
.


38
Berkasih menjenguk air jernih tp ber- 
musuh menangguk air keruh. 

39
Yang datang diberi ruang dan yang
pulang diberi peluang.


40
jika kalah buat-buat helah dan jika
menang buat sewenang-wenang.

 



Aram 90(d)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a comment