Saturday, 21 December 2013

Untung Besar Baik Bersyukur | Gulung Tikar Baik Bertafakur

(Banyak Idea.
 Banyak Cerita)





ILHAM MINDA 79
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DUGAAN RASA DERAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Untung besar baik bersyukur tp golong
tikar baik bertafakur
.


42
Yang membaca banyak idea dan yang
mengembara banyak cerita
.

43
Yang merenung dapat idea tp yang
termenung  rasa kecewa.


44
Ada hak untuk memihak dan ada
syarat untuk terlibat.

45
Kebenaran untuk bertindak tetapi
amaran untuk berpihak.


46
Yang degil tak terpanggil dan yang
mengelamun tak terbangun.

47
Terlalu penat hilang minat dan ter-
lalu letih hilang ketagih.


48
Digalak datang semangat tetapi di-
bentak hilang minat.

49
Terlalu dikawal buat pasal dan ter-
lalu dibiar buat onar.


50
 Bukan semangat tetapi minat dan 
bukan minat tp matlamat.

 
 
 
Aram 79(e)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a comment