Monday, 30 December 2013

Ketua Mengikut Petunjuk | Hamba Mengikut Telunjuk

(Berhanyut Di Laut.
Bergatung Di darat)





ILHAM MINDA 83
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EKSPEDISI RASA EKSPLORASI KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
41
Yang bongkak hilang lagak dan yang
angkuh hilang pengaruh.


42
 Masa muda menjadi gendut dan apa- 
bila tua menjadi badut.

43
Kata sedikit mencela banyak dan le-
ka sedikit terlupa banyak.


44
Azam itu baik ditunaikan dan den-
dam itu baik didamaikan.

45
Tak semua patuh jika diarah dan tak
 semua acuh jika dimarah.


46
Tak berfikir kucar-kacir dan tak ber-
bincang tunggang-langgang.

47
Kian terbuka kian peka tetapi kian
terbelengu kian buntu.


48
 Yang didakwah jadi anutan tetapi 
 yang didakya jadi ikutan.

49
Ketua mengikut petunjuk tetapi
hamba mengikut telunjuk.

50
Di darat saling bergantung dan
di laut saling berhanyut.





Aram 83(e)
Teratak Seriterai



No comments:

Post a comment