Tuesday, 10 December 2013

Dekat Tak Dapat Dicapai | Rapat Tak Dapat Dibelai

(Bala Dielak.
Dosa Ditolak)





ILHAM MINDA 75
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
CUBITAN RASA CUITAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Yang beruntung hidup mewah tp yang
bergantung hidup susah.


2
Salah pancang jadi pincang dan sa-
lah pasak jadi rosak.

3
Menang mencari langkah dan se-
nang mencari arah.


4
Cekal menongkah arus tetapi ga-
gal meredah kabus.

5
Lemah lari lintang pukang tp ga-
gah datang menentang.


6
Dekat tak dapat dicapai dan ra-
pat tak dapat dibelai
.

7
Hilang langkah hilang arah dan
 hilang pandu hilang tuju. 


8
Salah hilang tumpuan dan ka-
lah hilang tujuan.

9
Tanpa misi terkandas dan tan-
pa strategi tertewas.


10
Datang bala dielak dan datang
dosa ditolak
.



 
Aram 75(a)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment