Tuesday, 10 December 2013

Bermula Ikut Masa | Berbuat Ikut Matlamat

(Rezeki Dicari.
Untung Dihitung)




ILHAM MINDA 75
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
CUBITAN RASA CUITAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
11
Ilmu diamal menjadi kekal tetapi di-
tinggal menjadi kesal.


12
Disimpan biar ikut kira dan dimakan
biar ikut selera.

13
 Rezeki baik dicari, untung baik dihi- 
tung
dan bala baik dikira.


14
Jika dilihat jadi pengenalan dan ji-
ka dibuat jadi amalan.

15
Ada agihan dimakan dan ada le-
bihan  disimpan.


16
Untung menghitung laba tp bun-
tung menghitung bala.

17
Hilang langkah hilang arah dan
 hilang pandu hilang tuju. 


18
Buat kalut jadi serabut dan bu-
at hal jadi kesal.

19
Bermula ikut masa dan berbu-
at ikut matlamat
.


20
Disuruh tak mengeluh dan di-
arah tak menyanggah.




 
Aram 75(b)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment