Monday, 23 December 2013

Berulang Cakap Menjadi Sikap | Berulang Buat Menjadi Tabiat


(Tinggi Lulus.
Tinggi Status)





ILHAM MINDA 80
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DETIKAN RASA DIDIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
 Yang resah takkan tenang dan yang 
marah takkan menang.


42
Yang tawaduk menunduk tetapi yang
bongkak berlagak.  

43
Tawaduk jalan menunduk tp bong-
kak jalan mendongak.


44
Ada ruang jangan terkandas dan ada
ada peluang jangan terlepas.

45
Menganjur biar jujur dan mengu-
rus biar tulus.


46
Berulang cakap jadi sikap dan ber-
ulang buat jadi tabiat
.

47
Berdaya saing bertanding dan ber-
daya tahan melawan.


48
Tinggi lulus tinggi status dan ting-
gi pangkat tinggi darjat.

49
Mengecam bermusuhan dan ber-
dendam berbunuhan.


50
Bercakap banyak bosan dan
 mengharap banyak beban.




 
Aram 80(e)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment