Monday, 23 December 2013

Belum Buat Sudah Mengelat | Belum Dapat Sudah Mengumpat

(Menang Dicanang.
Kalah Menyumpah)





ILHAM MINDA 80
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DETIKAN RASA DIDIKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Belajar selagi ada hayat dan ikhtiar
selagi ada minat.


32
Yg membantah lambar sabar dan yg
mengalah lambat ikhtiar.

33 
Belum buat dah mengelat dan be-
lum dapat dah mengumpat
.


34
Belum menang dah dicanang dan
belum kalah dah menyumpah.

35
Bincang jangan membangkang dan
rancang jangan menentang.


36
Sabar sebelum menyanggah dan
ikhtiar sebelum mengalah.

37
Bersetuju jangan mengampu dan
mengaku jangan menipu.


38
Baik akur kalau ditegur dan ba-
ik tuh kalau disuruh

39
Baik mengalah jika dibantah dan
baik berundur jika ditegur.


40
Merancang jika ada ruang dan
menyerang jika ada peluang.



 
Aram 80(d)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a comment