Tuesday 22 October 2013

Tak Susah Banyak Bersedekah | Tak Rugi Banyak Memberi

(Tunduk Malu.
Angguk Mahu)





ILHAM MINDA 59
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MELARUT RASA MELALUT KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Selagi berkuasa takkan jadi hamba dan se-
lagi berharta takkan jadi papa.


22
Yang bimbang tak dapat menimbang dan
yang khuatir tak dapat berfikir.

23
Yang benar sentiasa tenang dan yang sa-
bar sentiasa menang.


24
Sekadar tahu tetapi tak buat maka se-
kadar mahu tetapi tak dapat.

25
Dapat mujur baik bersyukur tetapi dapat
malang baik bertenang.


26
Penting bukan dengar tetapi buat dan
bukan ikhtiar tetapi dapat.

27
Yang menang tak senang tetapi yang
kalah tak susah.


28
Tak susah jika banyak bersedekah dan
tak rugi jika banyak memberi.

29
Mengangguk-ngangguk mahu tetapi
menunduk-nunduk malu.

   
30
Biar kalah kerana benar tetapi ja-
ngan rebah kerana gentar.

 


 
Aram 59(c)
Teratak Seriterai



No comments:

Post a Comment