Monday 21 October 2013

Berakal Takkan Gagal | Berhelah Takkan Kalah

(Hati pasti.
Mata percaya)





ILHAM MINDA 59
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MELARUT RASA MELALUT KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
11
Melalui mata cepat percaya tetapi melalui
hati lambat pasti.


12
Masuk telinga tertanya-tanya dan masuk
mulut tersebut-sebut.

13
Salah melangkah kaki terserong dan sa-
lah mengarah hati terpesong.


14
Sekadar tahu tetapi tak buat maka se-
kadar mahu tetapi tak dapat.

15
Hanya buat tetapi tak kisah maka hanya
dapat tetapi tak berfaedah.


16
Penting bukan dengar tetapi buat dan
bukan ikhtiar tetapi dapat.

17
Lebih tahu lebih berlagak dan lebih ma-
hu lebih mendesak.

18
Tak boleh berlembut berkasar dan tak
boleh menuntut mencabar.

19
Yang bengap lambat bercakap dan
benak lambat bertindak.

   
20
Selagi berakal takkan gagal dan se-
lagi berhelah takkan kalah.

 

 
Aram 59(b)
Teratak Seriterai










No comments:

Post a Comment