Thursday 15 August 2013

Penampilan Lahiriah | Keterampilan Ilmiah

(Hari Ini Teliti.
Esok Jadi Elok)
 
 
 
 
Februari 1999
(Mesyuarat Pengurusan)
 
 
  Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 
 
Slogan 1999
Pengurusan Melalui Objektif 
 
 
Falsafah mengatakan study the past if you would define the future (Confucius), iaitu 'hari ini teliti dan esok menjadi elok'. Maka untuk merancang hari ini kita perlu mengkaji semalam dan untuk bertindak hari ini kita perlu meneliti esok. Merancang bermakna mengurus profesional, right person to the right place dan menguruskan masa, right time to the right schedule dengan tepat dan berkesan. Seterusnya mengingatkan semalam dan menfaatkan esok, kerana yesterday is today's action and tomorrow is today's decision.
 
 
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada dalam kerugian.
(Al 'Ashar: 1 & 2)  
 
 
Dari sudut profesion time is blessing, kerana masa adalah sumber produktiviti dan kualiti, (quality of time). Maka sebagai pengurus pendidikan kita perlu menghayati konsep TQM (Total Quality Management) dan TQN (Total Quality Network), berlandaskan esprit de corps. Sebenarnya kualiti bermula dari diri sendiri, kemudian dijelmakan dalam kerja buat yang bersandarkan ethical and moral obligation, Hasil kerja adalah harga diri dari segi ilmu dan kemahiran. Inilah nilai akauntabiliti dan personal value. 
 
 
Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas
apa yang diperbuatnya.
(Al Muddatsir: 38)
 
 
Pendengaran, penglihatan dan hati
akan dipertanggungjawabkan.
(Al Isra': 36)
 
 
Justeru kita perlu menyedari bahawa ilmu itu mempunyai nilai kualiti yang amat tinggi, Sebagai penyebar ilmu, kita perlu memiliki penampilan lahiriah dan keterampilah ilmiah. Sesungguhnya ilmu itu hanya reda dalam jiwa yang murni, hati yang tulus, sikap yang sabar dan akal yang bijaksana.
 
 
Allah meninggikan orang-orang yang
 beriman di antara kamu dan orang-orang yang
berilmu pengetahuan beberapa darjat.
(Al Mujadilah: 11)   
 
 
 ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu Darul Iman      
 

No comments:

Post a Comment