Saturday 17 August 2013

Freedom In Options | Wisdom In Actions

 (Self Exploration.
Self Exploitation)

 


 
 MUKADIMAH
Februari 1999
(Mesyuarat Guru)


Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 1999
(Pengurusan Melalui Objektif)


Setiap manusia dilahirkan dengan fitrah azali iaitu kelebihan dan keistimewaan yang memupuk individualistic values yang tersendiri, tetapi kebanyakan terpendam. Menjadi amanah guru untuk mengeksposkan yang terpendam melalui self exploration dan self exploitation. Adalah satu kesilapan apabila guru melabelkan pelajar dengan ciri-ciri negatif yang menjadi stigma. Akhirnya menghilangkan self-concept dan social identity pelajar.

Dan dalam dirimu sendiri mengapa tiada 
kamu renungkan?
(Adz Dzariyat: 2)


Kamu umat yang terbaik dilahirkan untuk 
manusia, menyuruh kepada makruf dan 
mencegah daripada mungkar.
(Ali 'Imran: 110)


Diri adalah fitrah, kelebihan diri adalah 
anugerah dan menfaatkan kelebihan diri 
adalah amanah.
(Aram)


Untuk mengeksploitasikan yang terpendam guru memerlukan kesabaran dan ketabahan kerana patience is art of success and endurance is art of winning (Aram). Guru memerlukan freedom in options and wisdom in actions (Aram). Memilih dan memfokuskan strategi serta pantas dan pintar bertindak ‘ketika rebung mudah dilentur’ dan strike 'while the iron is hot'. Berhati-hati dan berhemah bagaikan ‘menarik rabut dalam tepung’. Jangan hanya mengharapkan miracle of wisdom atau intellectual blessing, Kadang-kadang guru terpaksa challenge the impossible and beating the odds. Kadang-kadang keinsafan atas nasib bangsa menjadi kekuatan yang maha hebat (mentaly and spiritually).

Jika ada dua puluh orang yang sabar 
di antara kamu, nescaya Mereka dapat
mengalahkan dua ratus orang musuh.
(Al Anfal: 65)


Serulah ke jalan Tuhanmu dengan 
hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah dengan cara yang baik.
(An Nahl: 125)


ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu


No comments:

Post a Comment