Monday 26 August 2013

Berkongsi Tambah Rezeki | Bergantung Tambah Untung

(Baik Diamal.
Jelik Ditinggal)





ILHAM MINDA 50
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DICUCUH RASA DISULUH KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Berpandangan rendah ditohmah dan ber-
pandangan tinggi dipuji.


42
Yang diberi baik kita sudi dan yang dihu-
lur baik kita akur.

43
Jangan lesu kerana isu dan jangan ma-
rah kerana masalah.

44
Kalau bercakap  ikut tahap dan jangan
bercakap ikut sedap

45
Jika nasihat sentiasa ingat maka dapat
sentiasa berkat.


46
 Baik hendaklah diamal dan jelik hendak-
lah ditinggal.

47
Nasihat  ingat, ingat biar buat, buat da-
 pat dan dapat biar berkat.

48
Ilmu  hilang boleh dicari tetapi waktu hi-
  lang tak boleh diganti.

49
 Mujur yang bersyukur tetapi malang 
 yang menentang.


50
Berkongsi bertambah rezeki dan ber-
gantung bertambah untung.

 


 
Aram 50(e)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment