Monday 26 August 2013

Cacat Sudah Takdir | Sesat Salah Tadbir


(Gagal Berakal.
 Kalah Berhelah)




ILHAM MINDA 50
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DICUCUH RASA DISULUH KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Mudah berfikir susah untuk mentafsir dan mudah
mentadbir susah untuk mentaksir.


32
Hanya orang yang tahu lebih faham dan hanya
orang yang mahu lebih berazam.

33
Mudah kalah mudah menyerah tetapi payah ke-
 cundang payah ditentang.


34
Yang mencari peluang itu merancang tetapi yang
mencari masalah itu berbalah.

35
Yang gagal sentiasa mencari akal dan yang ka-
lah sentiasa mencari helah
.


36
Lebih baik bersabar apabila marah dan lebih ba-
ik beristighfar apabila kalah.

37
Yang cacat kerana sudah takdir tetapi yang se-
sat kerana salah tadbir
.


38
Yang berbalah itu saling menyanggah dan yang
bergaduh itu saling menuduh.
   
39
Kuat dihormat menang ditumpang tetapi lemah
ditohmah kalah disumpah.

   
40
Yang ambil mudah menjadi gelabah dan yang
ambil pusing menjadi runsing.




 
Aram 50(d)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment