Friday 19 July 2013

Buat Kerana Niat | Dapat Kerana Matlamat

(Cacat Terencat.
Buruk Terkutuk)






 
ILHAM MINDA 45
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DISUSUK RASA DITUSUK KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Baik mengagih daripada ketagih dan baik
bersedekah dari-pada serakah.


32
Cari masalah jangan menjadi masalah dan
cari  punca jangan menjadi punca.

33
Biar cacat jangan terencat, biar buruk jangan
terkutuk dan biar papa ja-ngan tercela.


34
Hidup  lebih selesa jika bertimbang rasa dan
hidup lebih makmur jika bertolak ansur.

35
Banyak bersabar kurang bertengkar dan ba-
nyak mengalah kurang berbalah.


36
Yang kita buat ditentukan oleh niat dan yang
kita dapat ditentukan oleh matlamat.

37
Niat mengikut ketulusan, buat mengikut ke-
putusan dan dapat mengikut kelulusan.


38
Kadangkala keselesaan menjadi kesiksaan
dan kesempatan menjadi kesempitan.

39
Malang takkan datang mengundang dan un-
tung takkan datang mengunjung.


40
 Jangan suka ikut perasaan nanti pengsan 
dan jangan suka ikut hati nanti mati.


 



 
Aram 45(f)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment