Friday 19 July 2013

Duit Punca Penyakit | Wang Punca Malang

(Khuatir tecicir.
Kesal Tertinggal)







ILHAM MINDA 45
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DISUSUK RASA DITUSUK KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Jangan gelabah nanti saling berbalah dan
jangan gelojoh nanti saling bergocoh.


42
Kadangkala yang senyap itu kerjanya siap
 tetapi yang bertengkar itu kerjanya terbiar.

43
Yang membantu mendapat restu manaka-
la yang berkhidmat mendapat berkat.

44
Musyawarah itu membawa muhibah mana-
kala muafakat itu membawa berkat.

45
Baik selesaikan jika saling berbantah dan
 baik damaikan jika saling berbalah.


46
Jangan terlalu khuatir nanti tercicir dan ja-
ngan terlalu kesal nanti tertinggal
.

47
Susah dan senang adat merancang mana-
kala kalah dan menang adat berjuang.

48
Duit itu adalah punca segala penyakit dan
wang itu adalah punca segala malang.

49
Diam itu faham, bising itu runsing, malu itu 

mahu dan bimbang itu sayang.

50
Sesungguhnya luka di kaki hanya berdarah
tetapi luka di hati terasa parah.


 




 
Aram 45(g)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment