Thursday, 18 July 2013

Berhikmah Kata | Berhemah Rasa

(Berhujah kata.
Berhelah rasa)



   





(II)

 Jika berhujah kata 
usah berhelah  rasa.
Jika berilusi kata
usah berilustrasi rasa.
Jika berhambat kata
usah berhajat rasa.
Jika berhalang kata
usah berhutang rasa.

Jika berisyarat kata
biar beribarat rasa.
Jika berinspirasi kata
biar berimaginasi rasa.
Jika berhikmah kata
biar berhemah rasa
.
Jika berhormat kata
biar berhemat rasa.
Jika beringat kata 
biar berikat rasa.
Jika berikhtiar kata
biar berikrar rasa.



 


 
Ilham Aram 196
18 Julai 2013
10.30 malam

No comments:

Post a comment