(183)
‘Kesesatan’
Bicara Tok Ngah
26 Julai 2011
12.19 tengah hari
ARAM
Iblis itu menghasut
untuk kita mengikut,
menipu untuk kita bersetuju
dan menjerat
untuk kita bersubahat.
Sesungguhnya iblis itu tegar
untuk membawa kita
ke jalan yang mungkar,
iblis itu laknat
untuk membawa kita
ke jalan yang sesat
dan iblis itu kejam
untuk membawa kita
ke neraka jahanam.
Justeru
lebih baik berwaspada
sebelum kita terpedaya
dan lebih baik beringat
sebelum kita terjerat.
Iblis tidak akan
bertolak ansur
selagi kita tidak akur
dan tidak ada belas kesihan
selagi kita tidak ditawan.
Iblis akan menghalang kita
dan akan menentang kita
supaya kita sama-sama sesat
dan sama-sama dilaknat.
Kerana Engkau telah
menghukum saya (iblis) tersesat,
saya akan menghalangi mereka dari
jalan yang lurus.
(Al A’raf: 16)
Arambayu 183
Teratak Seriteratai
‘Kesesatan’
Bicara Tok Ngah
26 Julai 2011
12.19 tengah hari
ARAM
Iblis itu menghasut
untuk kita mengikut,
menipu untuk kita bersetuju
dan menjerat
untuk kita bersubahat.
Sesungguhnya iblis itu tegar
untuk membawa kita
ke jalan yang mungkar,
iblis itu laknat
untuk membawa kita
ke jalan yang sesat
dan iblis itu kejam
untuk membawa kita
ke neraka jahanam.
Justeru
lebih baik berwaspada
sebelum kita terpedaya
dan lebih baik beringat
sebelum kita terjerat.
Iblis tidak akan
bertolak ansur
selagi kita tidak akur
dan tidak ada belas kesihan
selagi kita tidak ditawan.
Iblis akan menghalang kita
dan akan menentang kita
supaya kita sama-sama sesat
dan sama-sama dilaknat.
Kerana Engkau telah
menghukum saya (iblis) tersesat,
saya akan menghalangi mereka dari
jalan yang lurus.
(Al A’raf: 16)
Arambayu 183
Teratak Seriteratai
No comments:
Post a Comment