Tuesday, 5 March 2013

Tak Berusaha Meminta | Tak Berikhtiar Berlapar

(Lihat biar tepat.
Pandang biar terang)

   





(II)

 
Malu bertanya
akhirnya ternganga-nganga.
Malu menyoal
akhirnya terkial-kial.
Malu bercakap
akhirnya terhendap-hendap.
Malu berkata
akhirnya teraba-raba.
Malu memanggil
akhirnya terkebil-kebil.

 
Malas bersedia
akhirnya bersia-sia.
Malas bekerja
akhirnya berleka-leka.
Malas berusaha
akhirnya meminta-minta
.
Malas berikhtiar
akhirnya berlapar-lapar
.
Malas bersungguh
akhirnya bertangguh-tangguh.






Ilham Aram 148
5 Mac 2013
6.00 sore

No comments:

Post a comment