Tuesday, 5 March 2013

Kian Akur Kian Nikmat | Kian Kufur Kian Laknat

(Patuh beribadat.
Angkuh tersesat)




           


(145)
‘Kebenaran’
Bicara Tok Ngah
15 Mei 2011
3.42 petang

 
ARAM

 
Yang sabar itu
sentiasa mengikuti 
jalan yang benar
 tetapi yang ingkar itu
sentiasa mengikuti 
jalan yang mungkar.
Hanya yang akur
sentiasa bersyukur
tetapi yang kufur
sentiasa takbur.
Makin patuh
makin beribadat
tetapi makin angkuh
makin tersesat.


 
Ingatlah,
hanya jalan yang benar
membawa kita 
kepada keberkatan
tetapi jalan yang mungkar
membawa kita 
kepada kesesatan.
Justeru yang akur  
makin mendapat nikmat  

makin mendapat laknat
.

 



Sesungguhnya
kami telah menunjukkan jalan

yang benar, ada yang bersyukur
dan ada yang kufur.

(Al Insan: 3)

 



 
 Arambayu 145
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment